Friday, March 25, 2011

khutbah Jumaat 25 Mac 2011

Marilah bersama kita hayati seruan taqwa yang setiap minggu kita dengari, dengan melaksanakan segala perintah Allah dengan penuh sabar dan meninggalkan segala yang ditegah yang berupa maksiat dan kemungkaran. Mimbar Jumaat hari ini akan membicarakan tajuk ”Tuntutan Amar Makruf Nahi Mungkar”. Satu tanggungjawab yang perlu disedari, difahami dan dilaksanakan oleh setiap individu muslim demi menjamin kesejahteraan diri, masyarakat dan umat sejagat. Makruf bermaksud kebaikan dan ketaatan manakala Mungkar bermaksud kejahatan dan kemaksiatan. Maka ungkapan Amar Makruf dan Nahi Mungkar ini bermaksud ”Menyuruh melakukan kebaikan dan Mencegah Kemungkaran.” Tanggungjawab melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar ini meliputi tanggungjawab setiap individu muslim mengikut tahap tanggungjawab yang diamanahkan ke atasnya. Untuk melaksanakan tugas yang berat ini, hendaklah dijalankan secara berjemaah atau berkelompok dalam masyarakat Islam. Tuntutan Amar Makruf dan Nahi Mungkar ini wajib dilaksanakan.

Kita lupa bahawa sikap tidak peduli ini dan kegagalan melaksanakan tuntutan Amar Makruf dan Nahi Mungkar sebenarnya mengundang bencana dalam hidup kita, menjemput kemurkaan Allah yang Maha Keras seksaan-Nya. Marilah kita renungi dan mengambil iktibar akibat dan bencana yang berlaku pada kumpulan umat manusia yang meninggalkan tuntutan ini. Antaranya:-
Pertama :
Laknat Allah dan Kemurkaan-Nya. Insafilah kisah Bani Israel yang dilaknat oleh Allah seperti yang dirakamkan dalam Surah Al-Maidah ayat 78-79. bermaksud ”Orang-orang kafir dari Bani Israil telah dilaknat melalui lidah (doa) Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas. Mereka antara satu sama lain tidak pernah mencegah tindakan mungkar yang mereka lakukan. Sesungguhnya amatlah buruka apa Yang mereka telah lakukan.”
Kedua : Tidak mendapat pengiktirafan sebagai muslim sebenar. Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda ”Bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang tidak mengasihi kanak-kanak dan menghormati orang tua dan tidak pula menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.” (Riwayat At-Tirmizi)
Ketiga : Hilang kedamaian hidup dan dikuasai penguasa yang zalim. Maka wajar kita mengambil peringatan agar sentiasa mempertahan dan mengajak kepada kebenaran walaupun terpaksa menghadapi tentangan daripada masyarakat. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud; ”Berkatalah benar walau dihadapan penguasa yang zalim”.
Keempat : Berlaku malapetaka dan doa tidak lagi diperkenankan. Hakikat ini pernah disebut  sebuah hadis daripada Hudzaifah bin Al-Yaman bahawa Rasulullah S.A.W bersabda;  ”Demi jiwaku ditangan-Nya, hendaklah kamu terus menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran atau jika tidak dibimbangi Allah akan mengutuskan satu azab ke atas kamu kerananya. Kemudian jika kamu berdoa kepada-Nya, tidak pula akan diperkenankan doamu itu.” (Riwayat At-Tirmizi).
Kesimpulannya, marilah kita semua sama-sama berganding bahu mencegah perbuatan mungkar mengikut kemampuan dan kuasa yang ada. Penglibatan ini juga merangkumi semua golongan seperti JKK, pegawai masjid, pegawai-pegawai, guru-guru dan ibubapa yang bertindak atas nama Islam. Di samping itu tugas berdakwah hendaklah disuburkan di kalangan umat Islam sebagai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam.

Thursday, March 24, 2011

kuliah pengajian minggu ini

Pengajian agama di masjid As-Syakirin minggu ini. 26 Mac 2011, Ustaz Najmudin Abdul Karim melalui kitab Tanbihul Ghafilin-selepas solat Maghrib. 27 Mac 2011 kuliah subuh oleh Ybhg Dato Zakaria Jaafar manakala selepas Maghrib, Ustaz Mohamad b Rani untuk pengajian tauhid. Muslimin muslimat dijemput hadir.

Wednesday, March 23, 2011

Berita kematian

Innalillah, dengan dukacitanya dimaklumkan ayahanda kepada Ustaz Hj. Adnan Nordin (Imam 1 Masjid As-Syakirin) telah kembali kerahmatullah malam tadi 23 Mac 2011. Kepada mereka yang ingin melawat, jenazah ayahandanya ada di rumah ustaz Adnan.  Insha Allah jenzah akan disembahyangkan selepas solat Zohor di Yayasan Al-Jenderami pada hari ini 24 Mac 2011. Warga masjid As-Syakirin mengucapkan takziah kepada ustaz Adnan.

Monday, March 21, 2011

Tabung warisan anak selangor (TAWAS)

Makluman kepada semua penduduk Kg Jenderam Hilir,

Tawas adalah singkatan kepada tabung warisan anak Selangor dan merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Faedah perlaksanaan TAWAS, kerajaan negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan permulaan sebanyak RM100 bagi setiap pendaftaran yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan TAWAS.

Prosedur permohonan TAWAS.
Skim ini disediakan secara percuma. Ibubapa atau penjaga hendaklah mendaftar melalui borang pendaftaran rasmi sahaja. Pendaftaran secara online boleh dibuat melalui http://www.tawas.org.my/. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh ibubapa/penjaga dengan menyertakan salinan dokumen iaitu Sijil kelahiran DAN MyKid anak dan kad pengenalan ibubapa/penjaga. Tarikh tutup pendaftaran TAWAS adalah pada hari ulangtahun pertama pemohon.

Syarat-syarat permohonan dan sebarang pertanyaan,
sila hubungi
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
A1-11-2 & A1-11-3 Jalan Multimedia 7/AH, Park City, I-City 40000 Shah Alam Selangor
Tel: 03-5521 8740/ 03-5521 8741

atau

lawati laman web http://www.tawas.org.my/

atau

berhubung terus dengan JKKK Kampung Jenderam Hilir 

Friday, March 18, 2011

Kem Belia SPIES Negeri Selangor

Adalah dimaklumkan kem belia SPIES negeri Selangor akan diadakan seperti berikut:
Sasaran : Belia berumur 18 tahun hingga 35 tahun
Tarikh : 19 - 20 Mac 2011 (Sabtu hingga Ahad)
Masa : 8.30 pagi (pendaftaran di resort)
Tempat : Nur Bukit Unggul, Salak Tinggi.

Penyertaan adalah terhad hanya untuk 100 orang peserta sahaja.
Sila Hubungi:
Abu Hudz  : 019 7720483
En Badrul  : 016 9480364
Pn Bushro : 013 5303039
Pn Fuziah  ; 013 6699685

Penyertaan adalah percuma.

kuliah pengajian minggu ini

Adalah dimaklumkan kuliah pengajian minggu ini adalah seperti berikut:
1. 18 Mac 2011 (Jumaat) Selepas solat maghrib, kuliah pengajian tasawuf oleh Tuan Guru Hj Hafidz Selamat.
2. 20 Mac 2011 (Ahad) Kuliah Subuh oleh Ybhg Dato' Zakaria manakala selepas solat Maghrib, kuliah Feqh oleh Ustaz Badrol

Muslimin muslimat dijemput hadir

Thursday, March 17, 2011

khutbah Jumaat 18 Mac 2011

Tajuk Khutbah"Rokok: setiap sedutan menyerupai satu sedutan maut" Masa kini, merokok masih menjadi tabiat sebahagian masyarakat kita,sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila masyarakat mudah terpedaya dengan budaya asing terutamanya yang dipaparkan melalui media massa. Di samping ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru tabiat buruk adalah sesuatu yang kian menguasai kaum muslimin di zaman ini. Fatwa negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam kerana ia mendatangkan kemudharatan.


Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan. Manakala Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir dan Al-Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya haram kerana ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi nafkah kepada keluarganya. Bahkan, kebanyakan ulama-ulama semasa seperti Dr. Yusuf Al-Qardhawi dan Dr. Abdul Jalil Shalabi bersepakat menyatakan bahawa merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih sepuluh ribu kematian setahun; tiga puluh peratus daripadanya disebabkan oIeh sepuluh jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser mulut, kanser tekak, kanser pundi kencing, kerosakan buah pinggang dan kanser perut. Lima puluh peratus lagi kematian berpunca dari sakit jantung dan strok. Bahkan menurut kajian, lebih seratus ribu (100,000) perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan pelbagai penyakit kronik. Lebih penting lagi, negara mengalami kerugian kira-kira dua puluh bilion ringgit setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

Jadikanlah hari ini sebagai hari yang baru dan nafas yang segar tanpa rokok. Semoga niat, keazaman dan usaha kita akan menjadi contoh dan ikutan terhadap anak-anak kita dan mendapat perhatian Allah SWT seterusnya doa dipanjatkan agar Allah SWT menguatkan iman dan semangat kita melawan ketagihan merokok yang merosakkan itu.