Saturday, February 26, 2011

Khutbah Jumaat 25 Februari 2011

Tajuk khutbah" Salah faham Terhadap Islam"
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing ) dan ia akan kembali dagang ( asing ) pula, maka beruntunglah orang-orang yang asing". (Riwayat Muslim).

Hadith ini jelas menyatakan bahawa Islam yang bermula dengan dagang ( asing ) akan menjadi dagang di akhir zaman nanti. Sejarah telah menukilkan bahawa perkembangan Islam di peringkat awal juga asing. Islam sentiasa menghadapi kesukaran dan mendapat tentangan yang berpanjangan. Berkat ketabahan, kekentalan, kegigihan dan keyakinan para pendakwah atau da’ie serta dengan izin Allah Islam telah berkembang sehingga menjadi kuasa dunia yang hebat pada era kegemilangannya.

Marilah kita tanpa mengira pegangan parti politik dan kedudukan, supaya benar-benar menghayati maksud ayat tadi yang jelas menyatakan bahawa orang kafir secara umumnya, Yahudi dan Nasrani khususnya tidak akan redha jika Islam kembali mengungguli kepimpinan ummah. Mereka akan mengadakan pelbagai alasan dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Islam supaya ianya diragui serta seterusnya dijauhi. Mereka turut mengatakan; "Apakah agama yang membenarkan perbezaan taraf antara lelaki dan wanita, mengenakan hukum rejam, kerat tangan dan sebat masih relevan dengan zaman ini?". Oleh itu, marilah kita kembali menghayati, melaksana dan mengamalkan segala Tuntutan Islam sebenar berpandukan kepada Quran dan Sunnah. Insya-Allah, kita akan selamat dan sentiasa dibimbing oIeh Allah SWT ke jalan yang diredhai-Nya

Tuesday, February 22, 2011

Kursus Haji Bersiri (16 siri)

Adalah dimaklumkan Kursus Haji Bersiri dengan kerjasama Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd akan diadakan seperti berikut.

Tempat : Masjid As-Syakirin Kg Jenderam Hilir
Mula : 5 Mac 2011 (Sabtu)    Hari: Setiap Sabtu
Masa : 2.30 p.m - 4.30 p.m
Penceramah : Ustaz Hj Solehen b. Sapuan

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hj. Nik 019-321 3806 atau Hj Zulkifli 012-318 3176
Terbuka kepada semua Muslimin dan Muslimat

Ceramah Maulidurrasul 1432 H







Pihak masjid As-Syakirin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya. Sambutan masyarakat kampung Jenderam Hilir amat membanggakan. Teruskan menyokong segala aktiviti masjid. Pihak masjid juga merakamkan jutaan terima kasih kepada para ulama'-ulama' nusantara dari Kamboja, Thailand, Indonesia, Malaysia dan juga Makkah yang turut serta menjayakan program ini. Ulama'-ulama' tersebut ialah Kiyai Haji Amir Hamzah (Mudir Pondok Pesantren Darul Islah, Jakarta) dan Kiyai Haji Ahmad Jamhuri Bin Jaharis Al-Banjari Al-Makki (Mekah) sebagai penceramah atau penyampai Tausiyah pada malam tersebut. Turut hadir ialah
1. Kiyai Haji Abd Jalil Bakri Rashid (Pondok Pesantren Daruttauhid, Malang, Jawa Timur, Indonesia)
2. Kiyai Haji Abdul Majid (Malang, Jawa Timur, Indonesia)
3. Kiyai Haji Shafie Munandar (Majlis Taa'lim Assyafi'iah, Jakarta)
4. Kiyai Haji MOhd Khalili Azmat Khan (Jawa Timur, Indonesia)
5. Baba Zakaria (Pattani, Thailand)
6. Baba Hasbullah (Pondok Dala, Pattani, Thailand)
7. Ustaz Haji Ahmad Alwi (Kampuchea)
8. Ustaz Haji Ahmad Sulaiman (Selatan Vietnam)

Seperti kata Tuan Guru Hj Hafiz Selamat kita perlu berbangga dengan kewujudan alim ulama', tuan guru serta imam yang sentiasa mendoakan kesejahteraan masyarakat Islam amnya dan kampung Jenderam Hilir khususnya. Program ini dapat mengeratkan perpaduan penduduk kampung antara golongan kanak-kanak, golongan dewasa dan juga golongan tua bersama-sama memperingati kelahiran Rasullullah SAW. Semoga dapat bertemu lagi di program Maulidur rasul di tahun hadapan.

program gotong-royong sambutan maulidur rasul 20 Februari 2011


Pihak masjid As-Syakirin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung yang telah bertungkus lumus menjayakan gotong-royong pada sebelah pagi hingga ke petang. Kaum muslimat didapati ramai yang hadir untuk memasak dan tidak kurang juga pihak muslimin yang membantu mengemas dan menanam pokok bunga di perkarangan masjid. Harapan agar kerjasama dan semangat ini dapat diteruskan di masa akan datang

Thursday, February 17, 2011

Khutbah Jumaat 18 Februari 2011

Tajuk "MAULIDUR RASUL : RASULULLAH S.A.W IKUTAN SEPANJANG ZAMAN"
Kedatangan bulan Rabiul Awal pada setiap tahun lazimnya mengingatkan kita tentang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kelahiran ini sesungguhnya telah memberikan makna yang amat besar kepada kelangsungan hidup umat manusia di dunia dan di akhirat. Umat manusia dan alam keseluruhannya telah dihamparkan dengan rahmat dan keberkatan melalui perantaraan Rasulullah S.A.W.

Rasulullah S.A.W juga telah terbukti berjaya mentadbir sebuah negara Islam dengan penuh bijaksana, amanah dan adil. Kebijaksanaan, keadilan dan sifat amanah Baginda ini telah diikuti oleh para Khulafa’ Ar-Rasyidin dan khalifah Islam yang lain sehingga rakyat dapat hidup dengan aman dan makmur. Inilah tiga ciri utama yang seharusnya wujud dalam diri setiap insan yang bergelar pemimpin. Tanpa kebijaksanaan, negara pasti akan kucar kacir dan hancur. Tanpa keadilan pula, akan berlaku berbagai bentuk penindasan dan tanpa sifat amanah, maka akan berlakulah berbagai bentuk penyelewengan yang akhirnya akan merugikan rakyat dan juga negara.


Sesungguhnya Rasulullah S.A.W merupakan insan kamil yang paling layak untuk diikuti oleh setiap umat manusia. Di manapun kedudukan kita pada hari ini, sama ada sebagai pemimpin sebuah keluarga, masyarakat mahupun negara seharusnya menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai satu-satunya qudwah hasanah dalam kehidupan kita. Jaminan kebahagiaan hidup di dunia mahupun di akhirat bukanlah diukur dengan kekayaan dan pangkat sebaliknya ia diukur dengan sejauh mana kita telah mengikuti dan mengamalkan segala sunnah yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W.

Sunday, February 13, 2011

gotong royong sempena program sambutan maulidur rasul

Gotong royong akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 15 Februari 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 a.m
Tempat : Masjid As-Syakirin

Hadirin Hadirat dijemput bersama menjayakan gotong-royong tersebut.

Thursday, February 10, 2011

Khutbah Jumaat 11 Februari 2011

Tajuk "Haram Menyambut Hari Kekasih"

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine 's Day adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam. Rumusan dan peringatan bagi kita semua:
Pertama : Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang mengenang hari kematian seorang paderi mereka. Tiada sambutan ini dalam ajaran Islam.
Kedua : Umat Islam adalah dilarang sama sekali menyambut Hari Kekasih ini, termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang
berkaitan dengannya.
Ketiga : Umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari tertentu sahaja.
Keempat : Pihak Media dan pengamal Laman Sosial adalah diminta untuk tidak mempromosikan Sambutan Hari Kekasih ini walau dalam apa bentuk sekalipun.

Sunday, February 6, 2011

Bacaan Berzanji sempena Maulidurrasul 1432H

Insha Allah pihak Masjid akan mengadakan bacaan berzanji setiap malam sempena menyambut kelahiran Rasulullah s.a.w di Bulan Rabi'Awwal 1432H. Ia akan diadakan Insha Allah setiap lepas solat Maghrib bermula 7 Februari 2011 hingga 15 Februari 2011.

Semua dijemput hadir.

Gotong-royong sempena Program Sambutan Maulidurrasul 1432 H

Pihak masjid akan mengadakan gotong-royong untuk majlis sambutan maulidurrasul seperti berikut:

Tarikh : 20 Februari 2011 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi.
Tempat : Perkarangan masjid As-Syakirin.

Tentatif lengkap adalah seperti berikut:
8.30 pagi- gotong royong memasak oleh muslimat dan dibantu oleh muslimin
12.00 tgh- jamuan nasi untuk kakitangan gotong royong
5.15 ptg- bungkus nasi sebanyak 300 bungkus

Semua dijemput hadir

Ceramah Maulidurrasul 1432 H

Ceramah sempena Maulidurrasul akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 20 Februari 2011 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid As-Syakirin
Penceramah : Kiyai Hj Amir Hamzah, Mudir Pondok Pesantren Darul Islah, Jakarta dan Kiyai Haji Ahmad Jamhuri Bin Jaharis dari Makkah.

Tentatif program adalah seperti berikut;
6.30 ptg- tetamu mula tiba
7.30 mlm- azan maghrib dan solat maghrib
8.10 mlm- ucapan aluan oleh Nazir, ceramah oleh KH Amir Hamzah dan KH Ahmad Jamhuri Jaharis
10.00 mlm- solat Isyak
10.30 mlm- jamuan nasi dan bersurai

Muslimin dan muslimat dengan segala hormatnya dijemput hadir.

Ceramah sebelum Solat Jumaat Sempena Sambutan Maulidurrasul 1432 H

Ceramah tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 18 Februari 2011 (Jumaat)
Masa : 12.45 p.m (sebelum Solat Jumaat)
Tempat : Masjid As-Syakirin, Kg Jenderam Hilir.
Penceramah : Habib Husin Nabil bin Muhammad Najib Assagof, Solo, Indonesia.

Muslimin dijemput hadir.