Friday, August 14, 2009

Khutbah Jumaat (14 Ogos 2009)

Tajuk khtbah minggu ini ialah keburukan dan bahaya rokok. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, merokok menyumbangkan kepada 10, 000 kematian setahun yang disebabkan oleh 10 jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser mulut, kanser tekak dan lain-lain. Lebih 100,000 perokok dimasukan ke hospital disebabkan penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan pelbagai penyakit kronik. Ini akhirnya akan menyebabkan kerugian yang besar kepada kerajaan dalam aspek kos rawatan hospital dan penurunkan produktiviti pekerja. Menurut satu kajian, dalam rokok itu sendiri mempunyai lebih kurang 4,000 bahan kimia beracun yang boleh membawa maut. Masalahnya walaupun terdapat banyak keburukan daripada merokok, jumlah perokok di Malaysia terus meningkat dari tahun ke tahun termasuklah pelajar sekolah dan wanita. Jabatan mufti negeri Selangor tahun 1997 telah memfatwakan haram merokok walaupun asalnya huumnya adalah harus. Ini dirujuk kepada ayat Al-Quran surah Al-Baqarah: ayat 195. Sebab-sebab menolak keharusan merokok adalah disebabkan beberapa faktor. 1. kerosakan paru-paru dan penyakit kanser 2. proses penyediaan rokok yang melibatkan penggunaan pelbagai gas beracun, kimia dan bahan nakotin yang ada dalam rokok 3. pembaziran wang kerana harga rokok yang tinggi disebabkan kadar cukai rokok yang tinggi 4. dari aspek ekonomi, syarikat-syarikat besar yang terlibat rokok adalah syarikat yang pro kepada Israel dan menyumbangkan dana kepada mereka. Tambahan lagi dana tersebut pula digunakan untuk memerangi umat Islam. Kesimpulannya tingkat azam untuk meninggalkan tabiat merokok, jangan berputus asa dan masih lagi belum terlambat.

No comments:

Post a Comment