Sunday, August 30, 2009

Majlis Penyampaian Bantuan kepada Fakir Miskin dan Penyampaian Cek kepada SRA kawasan Dengkil

Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya seperti berikut:

Tarikh : 24 Ogos 2009 (Isnin)
Masa : 6.00 p.m
Tempat : Masjid Jenderam Hilir

Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Dato' Haji Mohd Zin Haji Mohamed, Ahli Parlimen Sepang. Majis tersebut juga turut dihadiri oleh Datuk Marsum Paing, ADUN Dengkil. Setelah majlis penyampaian bantuan dan cek berlangsung, majlis berbuka puasa telah diadakan oleh pihak masjid. Seterusnya Dato' Haji Mohd Zin Haji Mohamed dan Datuk Marsum Paing telah bersama-sama menunaikan Solat Maghrib, Solat Isyak dan Solat Terawih secara berjemaah dengan penduduk Jenderam Hilir. Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran Ybhg Dato' ke majlis ini.

Sunday, August 23, 2009

Majlis penyampaian bantuan makanan kepada fakir dan miskin

Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya pada:

Tarikh : 20 Ogos 2009 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib dan Bacaan Yaasin
Tempat : Masjid Jenderam Hilir.

Bantuan bahan-bahan makanan keperluan harian telah diagihkan kepada mereka. Semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Friday, August 14, 2009

Khutbah Jumaat (14 Ogos 2009)

Tajuk khtbah minggu ini ialah keburukan dan bahaya rokok. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, merokok menyumbangkan kepada 10, 000 kematian setahun yang disebabkan oleh 10 jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser mulut, kanser tekak dan lain-lain. Lebih 100,000 perokok dimasukan ke hospital disebabkan penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser dan pelbagai penyakit kronik. Ini akhirnya akan menyebabkan kerugian yang besar kepada kerajaan dalam aspek kos rawatan hospital dan penurunkan produktiviti pekerja. Menurut satu kajian, dalam rokok itu sendiri mempunyai lebih kurang 4,000 bahan kimia beracun yang boleh membawa maut. Masalahnya walaupun terdapat banyak keburukan daripada merokok, jumlah perokok di Malaysia terus meningkat dari tahun ke tahun termasuklah pelajar sekolah dan wanita. Jabatan mufti negeri Selangor tahun 1997 telah memfatwakan haram merokok walaupun asalnya huumnya adalah harus. Ini dirujuk kepada ayat Al-Quran surah Al-Baqarah: ayat 195. Sebab-sebab menolak keharusan merokok adalah disebabkan beberapa faktor. 1. kerosakan paru-paru dan penyakit kanser 2. proses penyediaan rokok yang melibatkan penggunaan pelbagai gas beracun, kimia dan bahan nakotin yang ada dalam rokok 3. pembaziran wang kerana harga rokok yang tinggi disebabkan kadar cukai rokok yang tinggi 4. dari aspek ekonomi, syarikat-syarikat besar yang terlibat rokok adalah syarikat yang pro kepada Israel dan menyumbangkan dana kepada mereka. Tambahan lagi dana tersebut pula digunakan untuk memerangi umat Islam. Kesimpulannya tingkat azam untuk meninggalkan tabiat merokok, jangan berputus asa dan masih lagi belum terlambat.

Saturday, August 8, 2009

Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat sempena Peperiksaan Sijil Rendah Agama (PSRA) dan UPSR

Adalah dimaklumkan bahawa program solat hajat dan bacaan Yasin akan diadakan bertujuan untuk memohon keberkatan sempena persiapan pelajar tahun 6 SRA Jenderam Hilir dan SK Jenderam Hilir menghadapi Peperiksaan Sijil Rendah Agama dan UPSR. Program ini adalah anjuran bersama pihak guru, ustazah serta PIBG di SRA Jenderam Hilir dan SK Jenderam Hilir. Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh : 13 Ogos 2009 (Khamis malam Jumaat)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Jenderam Hilir

Semua pelajar SRA dan SK terutamanya pelajar tahun 6, Ibubapa, guru-guru SRA dan SK Jenderam Hilir, AJK PIBG, penduduk kampung Jenderam Hilir dijemput hadir. Terima kasih kepada para penyumbang kewangan kepada program ini iaitu penduduk taman desa sinaran, Yayasan Al-Jenderami, pihak PIBG dan individu yang terlibat.

Thursday, August 6, 2009

Khutbah Jumaat (7 Ogos 2009)

Khutbah Jumaat minggu ini bertajuk 'Kelebihan bulan Sya'ban' Hadith riwayat daripada Aisyah r.a katanya Rasulullah s.a.w gemar dan banyak berpuasa di sebahagian besar daripada bulan Sya'ban. Ini menunjukkan Rasulullah s.a.w mencintai bulan Sya'ban dengan memperbanyakkan puasa sunat di bulan tersebut. Antara kelebihan lain bulan Sya'ban ialah amal soleh diangkatkan kepada Allah ta'ala sedangkan hambaNya sedang berpuasa sunat. Banyakkan beristighfar dan bertaubat kepada Allah pada bulan ini. Pada bulan ini ada malam nisfu Sya'ban dimana pada malam tersebut dimakbulkan doa dan diturunkan rahmat oleh Allah. Terdapat lima malam menurut Imam Syafie doa dimakbulkan Allah iaitu; 1- malam Jumaat 2- malam eidul Adha 3-malam eidul Fitri 4- malam 1 Rejab 5- malam 15 Sya'ban. pengajarannya perbanyakkan amal soleh di bulan Sya'ban terutamanya berpuasa sunat, Semoga mendapat keredhoaan Allah.