Friday, July 31, 2009

Sembahyang Jumaat di Kg Jenderam Hilir

Masjid As-Syakirin yang baru telah mula digunakan oleh ahli kariah. Sejarah tercipta di Kg Jenderam Hilir apabila Solat Jumaat kali pertama telah diadakan di masjid yang baru. Khutbah Jumaat yang telah disampaikan adalah berkenaan memperingati hari pahlawan yang berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara bersempena Sambutan Hari Pahlawan. Jasa pahlawan bermula sejak Rasulullah hinggalah kini tetap dikenang sepanjang hayat. Semoga semangat ingin berkorban dan ciri-ciri kepahlawanan Islam tetap tersemai dan bersemadi di jiwa umat Islam pada masa kini terutamanya pada generasi muda.

No comments:

Post a Comment