Friday, July 31, 2009

Ceramah Kuliah Tafsir

Ceramah tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 31 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Penceramah : Ustaz Tengku Saifulizam

Semoga ahli kariah dapat menghadirkan diri.

Sembahyang Jumaat di Kg Jenderam Hilir

Masjid As-Syakirin yang baru telah mula digunakan oleh ahli kariah. Sejarah tercipta di Kg Jenderam Hilir apabila Solat Jumaat kali pertama telah diadakan di masjid yang baru. Khutbah Jumaat yang telah disampaikan adalah berkenaan memperingati hari pahlawan yang berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara bersempena Sambutan Hari Pahlawan. Jasa pahlawan bermula sejak Rasulullah hinggalah kini tetap dikenang sepanjang hayat. Semoga semangat ingin berkorban dan ciri-ciri kepahlawanan Islam tetap tersemai dan bersemadi di jiwa umat Islam pada masa kini terutamanya pada generasi muda.

Thursday, July 30, 2009

Ceramah kuliah tauhid

Ceramah tersebut telah diadakan seperti berikut:

Tarikh: 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa : Selepas solat maghrib
penceramah : Ustaz Muhamad b Rani.

Isu perbincangan ceramah: Kelebihan basmalah atau membaca Bismillah. Antara kelebihannya jika membaca basmalah sebanyak 21 kali sebelum tidur, maka dijauhi rumahnya daripada dimasuki pencuri, tidak mati dalam keadaan mengejut dan sebagainya. Kesimpulannya mulakan segala tindakan yang baik dengan membaca bismillah semoga mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

Thursday, July 16, 2009

Ceramah bersempena Isra' dan Mikraj

Ceramah tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Penceramah : YBhg Dato Daud Che Ngah
Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

Semua ahli kariah Jenderam Hilir serta Muslimin Muslimat dijemput hadir