Thursday, August 26, 2010

Ceramah Sempena Nuzul Quran 1431H

Adalah dimaklumkan program tersebut akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 26 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : Selepas Isyak/Solat Tarawaih

Ahli kariah dijemput hadir

Friday, August 20, 2010

Zakat Fitrah 1431H

Adalah dimaklumkan kadar bayaran zakat fitrah di Selangor tahun ini ialah RM7 seorang. Pembayaran zakat boleh dilakukan kepada tuan Bilal 1, Tn Hj Azman dan Bilal 2 Masjid selepas solat.

Thursday, August 12, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H

Pihak masjid mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini. Semoga para jemaah dan penduduk kariah dapat mempertingkatkan amalan baik di bulan ini. Aktiviti di masjid sepanjang bulan Ramadhan termasuklah solat tarawih secara berjemaah, tadarus al-Quran, berbuka puasa di masjid, moreh dan juga ikhtikaf dan qiamullail di 10 malam terakhir Ramadhan. Marilah bersama-sama menjayakan dan mengimarahkan masjid.

Tuesday, August 3, 2010

Program bantuan fakir miskin Pra-Ramadhan dan Solat Hajat

Adalah dimakluman program bantuan fakir dan miskin akan diadakan sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak 1431H. Bantuan ini adalah dari pihak masjid untuk membantu dan meringankan beban ekonomi mereka ketika bulan Ramadhan. Serentak dengan program itu, satu program solat hajat dan membaca Yasin juga turut akan diadakan memohon keberkatan dari Allah s.w.t dan kejayaan anak-anak di Kg Jenderam Hilir menghadapi Peperiksaan UPSR dan PSRA tahun 2010. Program ini adalah dengan kerjasama SRA Jenderam Hilir dan SK Jenderam Hilir. Proram ini akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 5 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Maghrib

Tentatif program adalah seperti berikut:

Solat Maghrib berjemaah
Solat Hajat
Bacaan Yasin dan tahlil
Solat Isyak berjemaah
Ucapan
Jamuan Makan

Semua ahli kariah terutamanya para penjaga pelajar tahun 6 Kg Jenderam Hilir dijemput hadir.